Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pesilat Negara Korban Syawal...

KUALA LUMPUR - Berkorban apa sahaja. Itulah dilakukan barisan pesilat negara yang terpaksa...

1 Lagi Positif Koronavirus,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kes positif koronavirus melibatkan warga...

Warga Emas Perlu Ditemani...

KUALA LUMPUR — Warga emas perlu ditemani oleh waris atau anggota keluarga ketika...

KKM Siasat Insiden Pil...

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan akan menyiasat insiden seorang wanita yang dikatakan mati otak selepas mengambil sejenis...

Lawak.. Tak Jadi Bunuh Diri Kerana Sungai Kotor

Zhejiang – Seorang lelaki berusia 48 tahun yang cuba melemaskan dirinya dalam usaha untuk membunuh diri di sungai di sini membatalkan hasratnya kerana air sungai itu terlalu kotor.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Liu memberitahu polis, dia mengalami kerugian besar dalam perniagaannya, menyebabkan dia mengambil keputusan membunuh diri.

Dia terjun ke Sungai Yiwu kelmarin. Sebaik berada dalam sungai itu, dia kesal dengan keputusannya kerana air sungai itu terlalu kotor dan busuk, sebelum dia cuba berenang ke tebing.

Bagaimanapun, bukan senang untuk dia berbuat demikian kerana arus deras sungai itu, diburukkan pula dengan hujan lebat.

Dia berjaya mengapungkan dirinya ketika dihanyutkan ke hulu sungai. Mujur ada orang melihatnya sebelum menelefon polis.


Dia memberitahu pasukan perubatan: “Saya tidak jadi bunuh diri kerana air sungai itu busuk dan kotor. Saya juga tidak akan cuba lagi untuk bunuh diri.” – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=NjZLj9ZKr14

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori