Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pasangan Tular Pakai Gelang...

GEORGE TOWN - Sepasang kekasih yang gambar mereka tular di media sosial kerana...

Kerana Jubah ‘Terlajak Jarang’,...

Semalam, kecoh di laman sosial dan aplikasi Whatsapp apabila sekeping foto mendapat perhatian...

Sering Banjir, Penduduk Miliki...

CHUKAI – Kerana terbiasa dengan situasi banjir yang sering melanda setiap tahun, kebanyakan...

Peserta LiSUS Dipanah Petir...

KUALA LUMPUR - Peserta Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) peringkat kebangsaan, Faizal...

‘Tamparan Padu’ Pengasuh Buat Badan Budak 2 Tahun Berbirat

HATI ibu bapa mana yang tidak terusik dan marah apabila melihat anak kecil yang dikasihi menderita kesakitan akibat didera pengasuh.

Demikianlah perasaan seorang bapa, Noor Asrolizham Zakaria, 35 yang bertindak membuat laporan polis selepas terkejut melihat kesan lebam dan juga bekas telapak tangan di belakang badan anak perempuannya yang berusia 2 tahun yang dipercayai didera pengasuh di sebuah pusat asuhan di Jelutong, Georgetown, kelmarin.

Menurut Asrolizham, kejadian itu hanya disedari pada 6.30 petang selepas dia mengambil anaknya pulang dari rumah pengasuh.

“Ketika itu saya mahu memandikan anak dan terkejut apabila melihat belakang badannya disapu bedak.

“Ketika mahu memeriksa badannya, anak saya menangis dan enggan disentuh,” katanya.

Tambahnya, selepas membersihkan kesan bedak di belakang badan anaknya dia terkejut apabila melihat kesan berbirat dan lebam teruk itu.

Budak perempuan itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk mendapat rawatan.


Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Ibrahim Abu Bakar mengesahkan menerima laporan mengenai kes penderaan tersebut.

Menurutnya, pihak polis sudah mengambil keterangan lima daripada 10 pekerja di pusat asuhan terbabit dan siasatan sedang dijalankan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=MjoPqwzof2g

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori