Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harimau Dahan Merayau Sekitar...

GUA MUSANG - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memulakan...

Penuntut UiTM Terjejas Banjir...

JOHOR BHARU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini meminta pelajarnya yang terjejas...

Dakwaan Thailand, P.Pinang Hub...

KUALA LUMPUR - Dakwaan pihak berkuasa Thailand bahawa Pulau Pinang sebagai hab transit...

Dadah Bernilai RM300,000 Dirampas...

GEORGE TOWN - Sejumlah dadah jenis heroin bernilai RM300,000 dan pelbagai peralatan memproses...

Tarikh Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-22 Dipinda

KUALA LUMPUR – Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada November atau Disember tahun ini ditunda kepada Mei atau Jun 2016 berikutan banyak acara anugerah lain turut berlangsung dalam tempoh tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim berkata, Ahli Majlis RIM membuat keputusan itu bagi membolehkan penganjuran AIM menjadi lebih eksklusif dalam tempoh yang lebih menonjol bagi anugerah tersebut.

“Sejak tahun 2011, AIM dijadualkan diadakan setiap tahun dalam tempoh November/Disember yang kebetulan juga tempoh yang sama di mana banyak acara anugerah hiburan dalam negara juga turut dianjurkan.

“Dengan mengubah tarikh anugerah AIM dari tempoh yang sering dilihat dalam industri hiburan sebagai musim acara anugerah, kami berharap untuk membawa tempoh program yang lebih eksklusif bagi acara anugerah yang berprestij ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Rosmin berkata, selain bertujuan meningkatkan lagi tumpuan ramai ke atas AIM, perubahan tarikh itu juga dapat mewujudkan detik yang lebih istimewa untuk memberi penghormatan kepada karya bakat tempatan yang layak dalam industri muzik.

“Butiran lanjut mengenai AIM ke-22 termasuk pembukaan tempoh pencalonan dan kategori anugerah yang akan dipertandingkan akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya. – mynewshub.cc

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • AIM

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori