Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 480 Terbunuh Serangan...

GAZA: Sekurang-kurangnya 481 orang terbunuh dalam serangan udara Israel sepanjang tempoh 24 jam...

Malaysia Kekal Sokong Konsensus...

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia akan terus bekerja rapat dengan ASEAN bagi membantu Myanmar...

Maqis Tahan Seekor Kucing...

SEPANG - Seekor kucing baka British short hair tidak dibenarkan dibawa masuk ke...

Pahang Catat 91 Kes...

KUANTAN - Sebanyak 91 kes demam denggi telah direkodkan dalam tempoh sembilan hari...

Tekun Kaji Kaedah Percepat Proses Pinjaman Usahawan Tani India

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mencari kaedah untuk mempercepatkan proses kelulusan pinjaman usahawan tani belia India melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ketika ini pinjaman untuk usahawan India disalurkan oleh Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED) di bawah Jabatan Perdana Menteri kepada Tekun yang bertindak sebagai penyelaras pinjaman.

“Mungkin kita akan bincang sama ada perlu selepas ini dana itu dimasukkan melalui SEED atau dihantar terus kepada Tekun sebab kalau terlampau banyak lapisan akan berlaku birokrasi.

“Belia yang berminat dengan bidang pertanian ini kalau terlampau lama menunggu akan membantutkan minat mereka, sebab itu mesti percepatkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan majalah bulanan Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM), di sini hari ini.

Ia merupakan majalah pertanian pertama dalam dwibahasa iaitu Bahasa Tamil dan Bahasa Melayu yang diterbitkan di negara ini bagi maklumat terkini mengenai sektor itu khususnya kepada belia India.


Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan yang juga Pengasas Yayasan NAAM berkata ada usahawan belia India di bawah yayasan itu yang terpaksa menunggu sehingga sembilan bulan untuk mendapatkan pinjaman Tekun.

“Ini adalah tempoh yang sangat lama sehingga peserta hilang minat untuk teruskan projek,” katanya.

Setakat ini Yayasan NAAM dengan kerjasama Unit Agropreneur Muda di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah berjaya melahirkan 184 usahawan muda India dengan 109 daripadanya terlibat dalam projek tanaman cili fertigasi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Tekun

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori