SEJAK dahulu lagi, pelbagai langkah dan pendekatan telah dijalankan kerajaan untuk menghindari pembiakan nyamuk Aedes.
Namun, laporan mengenai penyakit melibatkan virus daripada nyamuk Aedes ini seakan tidak berkurangan sahaja.
Oleh itu sudah tiba masanya untuk kita rakyat Malaysia menggunakan kemajuan di dalam bidang sains dan teknologi agar diberikan lebih pendekatan berbanding langkah kerajaan sebelum ini.
Kini, salah satu aplikasi hadir untuk menghalau nyamuk Aedes ini, dinamakan sebagai Kil-Dengue dan ditawarkan untuk Android dan juga iOS.
Aplikasi ini menggunakan gelombang bunyi dan menjana frekuensi khusus untuk menghalau nyamuk berkenaan sekaligus mengelakkan pengguna daripada digigit oleh nyamuk berkenaan.
Menurut pembangunnya, terdapat pelbagai aplikasi seumpamanya di pasaran pada hari ini, tetapi Kil-Dengue dioptimasikan khusus untuk nyamuk Aedes Aegypti jenis nyamuk Aedes majoriti di Malaysia.
Frekuensi yang dihasilkan oleh aplikasi ini mempunyai bunyi yang sangat rendah yang tidak didengar pada telinga manusia.
Melalui frekuensi bunyi berkenaan, ia menghalau nyamuk betina Aedes Aegypti yang mana sering menyebarkan jangkitan virus denggi.
Aplikasi Kil-Dengue ini ditawarkan secara berbayar pada Apple AppStore dan Google PlayStore, dan boleh dimuat-turun hari ini. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq
Muat turun: Kil-Dengue iOs