KREATIF..lelaki ini terpaksa membuat gaya rambut sama seperti sebuah nenas selepas tewas dalam taruhan dengan saudaranya.
Lumrah kalau sudah bertaruh, yang kalah pasti akan terima hukuman atau denda sama seperti yang dijanjikan.
Lelaki ini telah bertaruh dengan saudara perempuannya untuk mendapat markah atau gred tertinggi dalam peperiksaan di sekolah dan yang menang boleh melakukan apa sahaja terhadap rambut kepada yang tewas.
Jadi, sudah jelas lelaki ini tewas kepada saudaranya itu yang memperolehi 4.0 untuk Grade Point Average (GPA) dan membuat keputusan untuk jadikan kepala lelaki itu sama seperti sebuah nenas.
Di bahagian atas rambutnya dibiarkan panjang dan terpacak serta diwarnakan hijau manakala di bahagian tepi dan belakang kepalanya, rambut lelaki itu dicukur dan diwarnakan kuning dan hasilnya memang menakjubkan!
Lelaki itu berkongsi di gambarnya di laman sosial Reddit dan menyatakan dia bersyukur kerana saudara perempuannya itu kreatif dan berbakat dalam menghiasi rambutnya, kalau tidak, entah apa yang jadi dengan rambutnya.
Macam-macam perangai manusia sekarang, nasib baiklah rambut yang dihasilkan itu nampak cool kalau tidak pasti akan dicerca oleh rakan-rakan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt