Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rakyat Faham GST Apabila...

CYBERJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin rakyat...

Pensyarah UTHM Sambut Baik...

BATU PAHAT - Pengurniaan pesawat jenis Lake Renegade LA-270 kepada Universiti Tun Hussein...

Mampukah Hadi Kekal Sebagai...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan akan mengharungi pertandingan tiga...

Ahmad Bashah Diminta Lepas...

ALOR SETAR - Pemuda UMNO Kedah hari ini memohon Datuk Seri Ahmad Bashah...

Tiada Pemimpin DAP Hadir Muktamar Tahunan PAS KE-61

KUALA SELANGOR – Tiada pemimpin DAP yang hadir pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya mengenainya berkata PAS menjemput pemimpin kedua-dua parti di bawah pakatan rakyat.

“Terpulanglah kepada DAP, kena tanya DAP (kenapa tidak hadir)… namun kita jemput semua (parti) untuk hadir memeriahkan muktamar,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-61.

Yang hadir hanya Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Isu pakatan PAS dan DAP ini menjadi bertambah hangat semalam apabila Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat meluluskan usul tergemparnya bagi PAS memutuskan hubungannya dengan DAP tetapi masih lagi meneruskan kerjasama dengan PKR dalam pakatan rakyat.

Usul tergempar itu ekoran tindakan DAP yang dikatakan lantang menentang dasar yang diperjuangkan PAS seperti pelaksanaan hukum hudud dan juga pemimpin DAP turut lantang mengutuk dan memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi.

Azmin ketika ditemui pemberita berkata usul tergempar Dewan Ulama PAS itu merupakan satu proses demokrasi dalam sesebuah parti dan semua pihak harus menghormati usul berkenaan.

Katanya, usul itu merupakan suara yang dilontarkan oleh hanya satu sayap PAS memandangkan parti itu masih mempunyai dua lagi sayap iaitu Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.


“Itu (usul Dewan Ulama) adalah sebahagian daripada proses demokrasi dalam sesebuah parti, kita kena hormat pandangan dan usul yang telah dibentangkan tetapi akhirnya ucapan dasar presiden itu sebagai ketua parti, ia akan mencorak masa depan dan hala tuju parti dan juga PR di mana ia harus dilihat secara positif oleh semua pihak,” katanya.

Sementara itu ketika ditemui pemberita, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfouz Mohamed berkata usul tergempar yang dipersetujui sebulat suara oleh pihaknya itu merupakan amaran kepada DAP untuk tidak lagi campur tangan terhadap dasar yang diperjuangkan PAS secara sendiri dan berhenti menyerang Abdul Hadi secara terang-terangan.

“Selama ini kita diam sahaja sebab kita ada hubungan dalam PR, jadi itu (usul) merupakan satu amaran… tidak perlulah mereka mencampuri kami kerana kami pun tidak mencampuri (urusan) mereka,” katanya.

Ditanya mengenai kelantangan Dewan Ulama melontar krisis antara PAS dan DAP berbanding sayap parti yang lain, Mahfouz berkata sebagai dewan terkanan dalam parti sememangnya Dewan Ulama akan lebih ke depan memperkatakan hal itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata usul tergempar itu tidak ‘bercanggah besar’ dengan Dewan Pemuda memandangkan Dewan Ulama masih lagi ingin bersama dalam PR dan mahu meneruskan Tahaluf Siyasi bersama PKR.

“Ia tidaklah bercanggah besar dengan Dewan Pemuda kerana Dewan Ulama juga menyatakan komitmen untuk terus bersama dengan PR cuma sikap DAP itu mungkin menyebabkan Dewan Ulama mengambil pendirian yang lebih tegas yang tidak dibuat oleh Dewan Pemuda semalam,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori