Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

How to Publish a...

To find rewarding penetrations, you are going to need to do a bit...

Perogol Bersiri Kejam Tikam...

JAKARTA - Polis Indonesia menembak mati seorang perogol bersiri yang didapati bersalah merogol...

Neelofa Ke Pentas Antarabangsa...

KUALA LUMPUR - Usahawan, pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau...

Sah! Liverpool… Alisson Penjaga...

ALISSON menjadi penjaga gol paling mahal dalam sejarah selepas Liverpool bayar Roma sebanyak...

Tiada Tanda Pesawat Terhempas Di Gua Musang

Kota Bharu – Tiada sebarang tanda mahupun serpihan pesawat yang didakwa terhempas di kawasan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Azmi Osman berkata, sehingga jam 11.30 malam tadi, pihaknya tidak menemui sebarang petunjuk berhubung kejadian itu.

“Kami terima panggilan memaklumkan maklumat daripada MERS 999 bahawa ada pesawat dikatakan terbang rendah dan berkemungkinan terhempas pada 8.45 malam.
“Jentera awal dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang ke tempat kejadian pada 8.50 malam dibantu beberapa jentera lain dari Kuala Krai dan balai bomba terdekat.

“Operasi mencari masih berjalan sehingga kini (11.30 malam) dan tidak menemui sebarang tanda yang menjurus kepada insiden pesawat terhempas.

“Bagaimanapun, kami masih meneruskan lagi operasi mencari untuk kepastian selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut berhubung dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Pengkalan Chepa yang menjelaskan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Gua Musang turut menyertai operasi mengesan pesawat yang didakwa terhempas itu.


Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim turut mengesahkan tiada insiden pesawat terhempas di Gua Musang.

Sumber Markas 8 Briged Pengkalan Chepa pula memaklumkan pihaknya tidak memperoleh sebarang maklumat berhubung kemalangan itu termasuk yang membabitkan pesawat milik Angkatan Tentera Malaysia.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Jeram Tekoh Mohd Riduan Jaafar, 25, berkata, pada jam 9.30 malam dia melihat dua jentera bomba melalui kampungnya untuk ke lokasi kejadian yang jauh dari rumah penduduk kampung.

“Jam 9 malam, saya mendengar maklumat daripada penduduk kampung yang memaklumkan ada pesawat terhempas.

“Saya tidak pergi ke lokasi kejadian kerana ia jauh dari rumah iaitu lebih 15 kilometer dan kawasan yang gelap,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori