Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KPKT Ketat Syarat Mohon...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak bercadang mengubah Dasar...

PAC Cukup Korum Walau...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih belum menerima surat peletakan...

Singapura Bakal Wajib X-ray...

TEGAS... Dalam usaha kekang penyeludupan menerusi bas ekspres dari arah Malaysia, Singapura bakal...

Tunggu Mahathir Umumkan Pakatan...

PETALING JAYA - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan bahawa...

Tidak Letak Tanda Harga, Peniaga Bazar Ramadan Terima Notis KPDNKK

KOTA KINABALU – Peniaga bazar Ramadan di Kinarut, Papar yang tidak meletakkan tanda harga pada jualan masing-masing telah diberi notis peringatan oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Sabah, semalam.

Pengarah Penguat kuasa KPDNKK negeri Severinus Tukah berkata sebanyak 42 notis dikeluarkan berikutan pemeriksaan pegawai penguat kuasa mendapati ramai peniaga gagal mematuhi peraturan.

“Hanya 40 peratus peniaga meletakkan tanda harga pada makanan dan minuman jualan mereka,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pada Isnin lalu, KPDNKK turut menjalankan pemeriksaan ke atas 69 buah gerai bazar Ramadan di Padang Bandaran Keningau.


Bagaimanapun, katanya, tidak ada notis dikeluarkan.

Severinus menasihatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang ditetapkan dengan meletakkan tanda harga pada setiap makanan dan minuman yang dijual. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori