Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

9 Lelaki Myanmar Akan...

GEORGE TOWN - Sembilan daripada 12 lelaki Myanmar yang ditahan kerana disyaki terlibat...

Peserta Malaysia Berjaya Laksana...

SAO PAULO - Bunyi siren dan tepukan menandakan berakhirnya tugasan 20 peserta Malaysia...

Projek Terowong: SPRM Rekod...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga hari ini telah merekodkan...

TMJ Tanggung Pembedahan Anak...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mengucapkan terima kepada Tunku...

Tinjauan Kerosakan Di Gunung Kinabalu Berdepan Kesukaran

KUNDASANG – Pihak Taman-Taman Sabah (TTS) berhadapan kesukaran untuk mengenal pasti kerosakan harta benda dan laluan pendaki di Gunung Kinabalu akibat gempa bumi Jumaat lalu.

Beberapa pegawai dari TTS yang diketuai Pengarahnya, Dr Jamili Nais hari ini cuba untuk ke kawasan Laban Rata dengan menaiki helikopter tetapi tidak berjaya disebabkan faktor cuaca.

Helikopter yang membawa mereka tidak dapat mendarat dan terpaksa berpatah balik ke kawasan pendaratan berdekatan Pekan Kundasang.

Penolong Pengarah Kewangan, Pentadbiran dan Sumber Manusia Negeri, Daring Laban berkata jumlah kerosakan harta benda dan laluan pendaki bumi belum dapat dikenal pasti sepenuhnya. “Dari laporan yang diterima, kerosakan besar membabitkan dua pondok pendaki di Panar Laban dan Layang-Layang yang ranap terkena batu,” katanya kepada Bernama.


Daring berkata bangunan di Laban Rata termasuk pondok penginapan Gunting Lagadan dan Sayat-Sayat akan turut diperiksa. Beliau berkata, selepas proses mengenal pasti kerosakan harta benda dilakukan, jurutera akan dibawa untuk menilai kerosakan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori