Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Ditahan Selepas...

GEORGE TOWN - Dua lelaki bukan sahaja berputih mata kerana gagal menyamun seorang...

Jangan Balas Provokasi Pijak...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bimbang provokosi melampau membabitkan...

Lelaki Maut Dipukul Dengan...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki gelandangan maut akibat dipukul dengan tokong kecil oleh...

“Dulu RM1 Juta Sehari,...

KUALA LUMPUR - Era kehidupan yang menuntut kita terus berpelitup muka apabila keluar...

Tisu Basah Merupakan Musuh Terbesar Tahun 2015?

TISU basah mungkin kedengaran seperti sesuatu benda atau perkara remeh yang tidak akan memberi impak atau kesan yang besar kepada komuniti.

Ya, sememangnya tisu basah kelihatan tidak memberi banyak pengaruh atau membahayakan namun tanpa disedari sebenarnya tisu basah banyak membawa kesan yang buruk.

Lazimnya digunakan untuk membersihkan najis bayi yang baru beberapa bulan dilahirkan tetapi kini penggunaan tisu basah sudah menular dan popular di kalangan orang dewasa juga.

Ramai orang dewasa sekarang sudah menjadikan penggunaan tisu basah ini sebagai satu alternatif mudah untuk mereka membersihkan diri mereka tanpa menyedari penggunaan tersebut mengundang kepada pencemaran alam sekitar.

96883_620

Akibat penggunaan tisu basah yang semakin popular, sektor tisu basah kini memberi keuntungan £500 juta di United Kingdom (UK).

Kesan daripada penggunaannya juga telah mewujudkan gumpalan tisu basah yang boleh memudaratkan serta mengundang pelbagai jenis masalah.

Oleh kerana itu, sumber The Guardian telah mengkategorikan tisu basah sebagai musuh terbesar dalam tahun 2015.


Dianggarkan besar saiz tisu terkumpul yang telah dibuang melalui lubang tandas adalah antara sebuah bas dan jet jumbo dan kebanyakan tisu basah mengandung serat plastik yang tidak dapat diurai yang boleh menyebabkannya tersumbat.

Apabila ianya dibuang atau hanyut ke dalam laut, berkemungkinan tisu basah itu juga akan dicerna oleh kehidupan laut seperti penyu dan hal ini boleh memusnahkan kehidupan di laut.

Sumber: The Guardian
Sumber: The Guardian

Persatuan Pemulihan Marin pada 2014 menyatakan terdapat 35 tisu basah per kilometer di pantai di UK, meningkat 50% dari tahun 2013.

Jadi, bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk daripada berlaku, sebolehnya kurangkan atau berhenti menggunakan tisu basah.

Kesan pada masa akan datang ternyata tidak akan dapat dijangka sama sekali, jadi sama-samalah ambil langkah mencegah sebelum ia memberi kesan yang negatif. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=LGq4QJfWvxY

Sumber: The Guardian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori