Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Biadap.. Tak Mahu Bagi...

GARA-GARA enggan beri tempat duduk kepada seorang ibu yang sedang mendukung bayi ketika...

Malaysia Dicengkam Keresahan Kerana...

KUALA LUMPUR - "Negara ini juga dicengkam keresahan akibat ketidaktentuan sikap PAS yang...

Akta 852: ‘Tiada Siapa...

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tidak ada sesiapa...

Pemilihan PKR: Azmin Dahului...

ALOR SETAR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Mohd Rafizi...

TLDM Sedang Berunding, Minta Perompak Bebas Anak Kapal

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang berunding dengan perompak untuk membebaskan kesemua 22 krew kapal MT Orkim Harmony.

BERKAITAN: Kapal MT Orkim Harmony Ditemui, Semua Anak Kapal Selamat

Perkara itu dimaklumkan oleh Panglima Wilayah Laut 1 Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, disahkan ditemui di perairan Kemboja hari ini dengan kesemua 22 anak kapalnya selamat.

TLDM menerajui operasi menyelamat kapal tangki itu susulan pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal berkenaan di lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang pada 3.45 petang semalam.


Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal terdiri 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori