Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rumah Pekerja Hangus Terbakar...

MIRI - Empat penghuni rumah pekerja milik sebuah syarikat pengangkutan berjaya menyelamatkan diri...

4 Lelaki Cuba Samun...

BUKIT MERTAJAM - Empat lelaki yang baru memecah masuk sebuah kedai motosikal ditahan...

COVID-19 Percepat Pertumbuhan Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Penularan pandemik COVID-19 yang menjejaskan dunia sejak awal tahun lepas,...

Kambing Pun Kena Beratur...

"KAMBING ini dilatih setiap hari, sebab itu mereka faham apabila saya arah masuk...

TLDM Tunggu Pengesahan 8 Perampas MT Orkim Harmony

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih menunggu pengesahan sama ada lapan rakyat Indonesia yang ditemui berhampiran perairan Vietnam pagi ini adalah perampas kapal tangki Malaysia, MT Orkim Harmony.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, melalui akaun Twitternya, berkata lapan rakyat Indonesia itu, yang mendakwa kapal tangkapan ikan mereka telah karam, ditemui menaiki sebuah bot penyelamat di Pulau Tho Chu, Vietnam sekitar pukul 6.30 pagi.

Beliau bagaimanapun berkata TLDM sedang menunggu pengesahan tentang perkara itu daripada pihak berkuasa Vietnam.

Satu operasi melibatkan tentera laut Australia dan tentera laut Indonesia dilancarkan untuk mengesan perampas kapal itu yang melarikan diri ke perairan Pulau Natuna yang terletak antara Malaysia dan Indonesia (Kalimantan).

Kesemua 22 anak kapal MT Orkim Harmony dibebaskan pada kira-kira 2.30 pagi ini.


Seorang tukang masak warganegara Indonesia cedera di paha kerana ditembak perampas.

MT Orkim Harmony, yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta, dilaporkan hilang pada 8.57 malam Khamis lepas ketika dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal milik Magna Meridian Sdn. Bhd., itu membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar. – BERNAMA

https://youtu.be/XVvsKLnuORY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori