Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Beli Iphone 5s, Tapi...

HAJAT untuk memiliki sebuah iPhone 5S hancur berkecai apabila seorang remaja lelaki hanya...

Malaysia Kutuk Serangan Maut...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai pemimpin dunia...

“Mereka Bukan Golongan Profesional...

KUALA LUMPUR - Pihak dalam parti PAS yang bercanggah pendapat dengan Dewan Ulama...

Krisis Ekonomi Sri Lanka...

COLOMBO: Krisis ekonomi yang melumpuhkan Sri Lanka berisiko menyebabkan kebuluran di seluruh negara...

TMJ Beri Amaran Jangan Ganggu Keharmonian Rakyat Johor

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menganggu-gugat keharmonian masyarakat negeri Johor.

Baginda turut bertitah supaya rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama terus bersatu dengan menolak sebarang anasir yang cuma memecah-belahkan keharmonian mereka.

“Maklumat yang telah dikenal pasti berkenaan video ‘Johor For Christian’ yang sedang menjadi ‘viral’ di laman sosial didalangi sekumpulan berbangsa Cina berasal dari Negeri Sembilan.

“Rakyat Johor jangan terlalu mudah terpengaruh kerana ini adalah strategi pihak tertentu untuk pecah belahkan bangsa Johor,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) disiarkan melalui laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.


Justeru, Tunku Ismail memberi amaran kepada orang luar Johor supaya tidak menganggu keharmonian bangsa Johor dengan menyentuh isu isu agama yang sensitif seperti itu.

“Kita sentiasa menghormati semua kaum dan setiap kaum berhak mengamalkan agama masing masing,” titah baginda. – Mynewshub.cc

https://youtu.be/5Hkzu0IzoVY

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori