Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

10 Makanan Yang Boleh...

SETIAP kanak-kanak yang membesar pasti sudah banyak kali dinasihatkan untuk makan buah-buahan dan...

Perang Menghapuskan Nama Islam...

INDIA di bawah Perdana Menteri Narendra Modi sedang melaksanakan satu kempen "membersihkan" India...

Lagu Dicaj Terlalu Mahal,...

BULAN lalu, girl group paling berpengaruh era 90-an Elite mengumumkan akan muncul dengan single...

Sindiket Warga Asing Guna...

JOHOR BAHRU - Satu sindiket warga asing yang bekerja menggunakan kad pengenalan warga...

TMJ Memang Salah Kerana Menghukum Najib – Nazri

BAGAI tiada tanda-tanda bakal berakhir, krisis yang tercetus antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Tunku Mahkota Johor terus mendapat perhatian rakyat Malaysia apabila masing-masing lantang bersuara.

BACA: Kalau Nak Hentam, Hentam Saya Depan-Depan

Terbaharu, Nazri menuduh TMJ sememangnya bersalah dalam ‘krisis panas’ yang timbul antara mereka.

Bercakap kepada MalaysiaKini, Nazri berkata kesalahan Tunku Ismail adalah kerana menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sesuatu yang disembunyikan apabila tidak hadir ke majlis #Nothing2Hide baru-baru ini.

“Saya boleh faham jika putera itu kata ‘saya sedih kerana dia (Najib) tidak hadir’. Saya boleh terima. Itu tidak campur hal politik.

“Tetapi dia kata, ‘sudah tentu dia (Najib) tidak hadir dalam (dialog) Nothing to Hide kerana ada sesuatu hendak disembunyikan.

“Itu bersifat menghukum. Ia bermakna Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada Johor sudah menghukum PM salah. Itu apa yang tidak kena,” katanya.

johortmj


Dalam pada itu, Nazri mendakwa kenyataan Tunku Ismail berbeza dengan sokongan Sultan Pahang kepada Najib kerana menjadi kebiasaan istana menyokong pemimpin dipilih rakyat dalam sebuah sistem Raja Berperlembagaan.

BACA: Polis Akan Disiasat Nazri Aziz Gara Gara Ancaman Terhadap TMJ

Sebelum ini, Nazri menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung kenyataannya terhadap Tunku Ismail dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=NYFFFtk-DxQ

Oleh: FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori