Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Kit Siang Perlu...

PETALING JAYA - Kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa ada perkara yang...

Festival Babi Ditukar Nama...

JAKARTA - Festival daging babi tahunan yang diadakan bersempena menyambut hari Imlek atau...

KPDNHEP Serbu Premis Sorok...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 223,000...

Johan As’ari Tak Nak...

PELAKON Johan As'ari mengakui dirinya tidak mahu terikut-ikut dengan trend artis ketika ini...

TMJ Usah Campuri Isu Politik: Amaran Tegas Nazri Aziz

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ) diberi amaran agar menjauhkan diri daripada kancah politik tempatan jika mahu kekal di atas undang-undang, demikian tegas Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz.

“Tunku sepatutnya menjarakkan diri daripada isu politik kerana jika tidak Tunku boleh dilayan sama dengan undang-undang rakyat biasa dan kami boleh ‘belasah’ dia,” kata beliau ketika ditemui pemberita pada Sabtu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan sebelum itu merasmikan sebuah program di Universiti Malaya di sini menjawab demikian sebagai mengulas komen oleh TMJ ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menulis komen menerusi laman sosial Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada 5 Jun lalu yang menyindir ketidakhadiran Najib dalam program dialog PM Bersama NGO di PWTC.

“Bagaimana beliau boleh mengadakan dialog Nothing2Hide (tiada apa-apa untuk disembunyikan) menampilkan seseorang tanpa menyembunyikan sesuatu yang akhirnya beliau sendiri pun tidak muncul,” kata TMJ.


Program itu dibatalkan saat-saat akhir atas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tetapi ia menjadi kecoh setelah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diarah berhenti memberi ucapan di pentas.

Nazri berkata, kerabat diraja sewajarnya menjauhkan diri daripada arena politik kerana ‘kami sendiri’ yang selama ini sanggup mempertahankan kedaulatan golongan diraja di Malaysia melebihi undang-undang negara.

“Namun jika anda sebagai kerabat diraja mula campur tangan bercakap pasal politik tempatan, dan kami pun membalas balik, maka janganlah pula marah ketika itu,” jelas Nazri. – Agensi/Mynewshub/H.A.A

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori