Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Saya Setia Kepada Parti”...

PUTRAJAYA - Peletakan jawatan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah sebagai...

Tema Hari Guru Peringkat...

KUALA LUMPUR - 'Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak' menjadi tema sambutan Hari Guru...

Kartun Tom & Jerry...

KAHERAH - Kartun kegemaran ramai yang sudah 70 tahun menghiburkan penonton seluruh dunia,...

Dituduh Buka Tudung, Ardell...

SELEPAS beberapa bulan mengenakan hijab, pelakon kecil molek, Ardell Aryana masih lagi dilanda...

Tolak PAS, PKR Pilih Bentuk Pakatan Baru Bersama DAP ?

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) didakwa telah membuat keputusan tentang kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila memilih untuk meneruskan kerjasama dengan DAP, bukannya PAS.

Seandainya khabar angin tersebut benar, maka secara rasminya, tindakan itu menggambarkan bahawa PKR turut memutuskan jalinan yang terikat antaranya dengan PAS.

PKR Akan Keluarkan Kenyataan Dalam Masa Terdekat – Rafizi

Chegubard

Dakwaan berkenaan timbul setelah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang dikenali sebagai Chegubard memaklumkannya melalui laman mikro Twitter peribadi.

Tulisnya di laman sosial tersebut, keputusan itu dicapai PKR dalam satu mesyuarat Biro Politik malam semalam yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menerusi mesyuarat sama juga, kedua-dua parti pembangkang itu akan menubuhkan pakatan baru tidak lama lagi.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali

Dalam pada itu, Chegubard atau nama sebenarnya, Badrul Hisham Shaharin turut membidas ketidakhadiran Timbalan Presiden parti, Azmin Ali dalam mesyuarat tersebut.


Ujarnya, Menteri Besar Selangor itu mengambil tindakan tersebut untuk ‘kekal main selamat’, bahkan menyifatkan Azmin sebagai ‘cap ayam’.

Menurut dakwaan sesetengah pihak, PKR kini terbelah dua apabila sebahagiannya menyokong kerjasama dengan DAP manakala separuh lagi memihak kepada PAS.

Kumpulan yang menyokong DAP dikatakan dikepalai oleh Rafizi Ramli manakala Azmin pula dikatakan lebih memilih PAS.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

PAS Reda Walaupun Tanpa PKR, DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori