Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kurang Kesedaran Sebab 120,000...

KUALA LUMPUR - Kurangnya kesedaran dalam kalangan anggota cawangan MIC adalah antara sebab...

PKP 14 Hari Di...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri...

Input PIDD Jadi Panduan...

LUMUT - Input pada Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD) akan dijadikan sebagai panduan...

Mereka Layak Terima Insentif...

PEMENANG pingat perak Olimpik Rio 2016, Datuk Lee Chong Wei berpendapat atlet Paralimpik...

Tonton Video Kucing Boleh Ransang Tenaga Dan Perasaan Positif

SESIAPA yang gemar menonton video mengenai kucing di waktu lapang bolehlah meneruskan tabiat itu kerana ianya dikatakan memberi kesan positif kepada penonton.

Kajian yang dijalankan mendapati hasil daripada menonton video kucing boleh meningkatkan tenaga serta meransang perasaan positif individu yang menontonnya.

Ternyata gelagat haiwan manja yang comel ini sangat membantu untuk menghilangkan tekanan dan bebanan yang dihadapi segelintir individu.

[GAMBAR: TRANSFORMASI KUCING, DULU TERBIAR SEKARANG DISAYANG]

catty
Sumber: Instagram Johan and his cat.

Kajian tersebut telah dijalankan oleh Universiti Indiana Bloomington dan diketuai oleh pembantu Profesor, Jessica Gall Myrick.

“Kita semua pernah menonton video kucing secara online, tapi kajian tentang mengapa kita lakukannya dan apakah kesan yang akan dihadapi terlalu kurang.

“Jadi saya sebagai pengkaji media dan penonton video secara online, saya terpanggil untuk mengumpul data mengenai fenomena pop culture ini,” kata Jessica yang mengetuai kajian ini.

Kajian ini melibatkan 7 ribu orang sebagai responden yang sedang menonton video kucing dan hasilnya mendapati responden yang terlibat lebih bertenaga dan positif berbanding sebelumnya.

[GAMBAR: KUCING INI JADI ‘JURURAWAT’ DI TEMPAT PERLINDUNGAN HAIWAN]


Siapa yang tidak terhibur dengan gelagat comel kucing di dalam video? Rasanya semua orang lebih tertarik dengan aksi kucing berbanding video lain.

Jadi, jika sesiapa yang rasa bebanan dan tekanan kerja yang terlampau selepas ini, carilah video yang melibatkan aksi comel si kucing.

Jika mahu tahu dengan lebih lanjut mengenai kajian ini, rujuk di sini.

Kalau tak percaya cubalah tengok video yang melibatkan aksi comel kucing dibawah, cuba bandingkan sendiri perasaan anda sebelum dan selepas menonton video ini.

https://www.youtube.com/watch?v=H2EsPD0T3AQ

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori