MALANG tidak berbau. Jangan disangka kenderaan berat amat berkuasa, malah kehebatan trak tunda bertan-tan itu belum tentu menjamin kekuatan jentera pengangkut tersebut jika menghadapi situasi getir di luar dugaan.
Seperti Pakatan Rakyat yang dibentuk tiga parti terbesar dengan ikon ‘otai’ hebat tetapi akhirnya berkubur tanpa disangka-sangka menjelang ketibaan bulan mulia, Ramadan al-Mubarak; segala-galanya adalah ketentuan Ilahi.
Sempena menyambut kedatangan bulan puasa, apa kata kita berfikir sejenak kuasa Allah SWT tidak mengizinkan trak kren tunda mengangkut kenderaan lain yang asalnya terjunam ke dalam sebuah sungai di luar negara.
Gambar-gambar ini turut dikongsikan ramai pengguna laman Facebook tempatan yang mungkin diambil dari sumber luar, namun sesuai dijadikan iktibar bagaimana pihak yang hebat belum tentu sebenarnya hebat.
— Agensi/Mynewshub/HAA