Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jenazah Muhamad Firdaus Disambut...

Ketibaan jenazah Pembantu Juruterbang Muhamad Firdaus Abdul Rahim selamat tiba di kampung halamannya...

Bekalan Telur Mencukupi Menjelang...

NIBONG TEBAL, 21 Dis (Bernama) -- Malaysia tidak perlu mengimport telur ayam dari...

Bos Supermax Stanley Mohon...

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corp. Bhd., Datuk Seri Stanley Thai...

Paip Bocor Faktor Peningkatan...

BUTTERWORTH - Paip bocor dan pemasangan paip yang tidak menepati prosedur merupakan antara...

Tuan Ibrahim Minta Ahli PAS Hentikan Polemik

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahli PAS menghentikan polemik dalam parti dan kembali kepada konsep PAS `Rahmat Untuk Semua’ bersempena Ramadan ini.

Kata beliau, ahli PAS sepatutnya mengeratkan ukhwah dan mematahkan tuduhan tuduhan ke atas parti dengan membetulkan segala persepsi yang tidak baik dilontar kepada PAS.

“Biar kerja kita menjadi jurucakap kepada PAS. Tampilkan konsep Rahmat Untuk Semua melalui istiqamah kita dengan Islam, konsep amal lillah iaitu beramal kerana Allah, serta keikhlasan dalam perjuangan.

“Janganlah dihabiskan masa dalam perkara yang tidak berfaedah dan menambahkan polemik dalam kalangan ahli,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Tuan Ibrahim dalam pada itu meminta pemimpin PAS supaya menjalankan gerak kerja secara jamaah bagi memperkukuhkan komitmen dan istiqamah,

Beliau turut meminta pemimpin PAS yang baru dipilih dalam pemilihan PAS baru-baru ini supaya kentalkan hati untuk menghadapi cemuhan.

“Dalam masa yang sama mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan PAS. Biarlah kita tegas dalam perkara prinsip dan anjal dalam pelaksanaan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori