Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pengurut Kaki, 2 Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Seorang pengurut kaki warga Myanmar dan dua kanak-kanak ditemukan mati...

Malaysia Rugi Jika ‘Berperang’...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan rugi jika mencetuskan pertikaian dengan negara yang dipercayai...

Lelaki Terlibat Kemalangan Meninggal...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang van dipandunya dirempuh sebuah bas ekspres di...

Harga Gajus Rendah, Presiden...

DAR ES SALAAM - Presiden Tanzania, John Magufuli, berkata kerajaan mampu membeli stok...

‘Tuhan Harun’ Diperintah Bela Diri Atas Tuduhan Menerima Deposit Haram

KUALA LUMPUR – Ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ atau Harun Mat Saat hari ini diperintah membela diri atas empat pertuduhan mengumpul deposit secara haram berjumlah RM35 juta, sembilan tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang memerintahkan Harun, 49, bekas penasihat syarikat pelaburan, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan untuk Harun memberikan pembelaannya kerana peguam Md Radzi Mustafa, yang mewakili Harun, tidak hadir pada prosiding hari ini kerana kurang sihat.

Mahkamah menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan semula kes. Sebanyak 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan kes yang bermula November tahun lepas, antaranya bekas majikan Harun dan pegawai-pegawai daripada Bank Negara.


Harun yang diserang angin ahmar, hadir ke mahkamah memakai baju putih dan berkerusi roda, kelihatan tenang sepanjang prosiding. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori