Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Keganasan Di Selatan Thai...

BANGKOK - Kerajaan mengutuk sekeras-kerasnya insiden pengeboman sebuah pasar raya di Pattani, selatan...

RTM Memalukan…Gembira Terima Ijazah...

Siaran stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini membuat satu lagi kesilapan...

Kelonggaran SOP: Sidang Akhbar...

PUTRAJAYA - Di saat bahang kemeriahan sambutan Aidilfitri yang kian terasa, tumpuan rakyat...

Kesavan Persoal Kesetiaan Azmin...

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan yang bertanding jawatan Naib Presiden...

Ubah Persepsi Terhadap Pasukan Penyelamat – Bomba

PUTRAJAYA – Pasukan penyelamat sepatutnya diberikan motivasi ketika menghadapi bencana dan bukan ‘dihentam’ sehingga meruntuhkan semangat, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata persepsi negatif yang ditimbulkan di media sosial terhadap usaha menyelamat pendaki di Gunung Kinabalu, Sabah susulan gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku.

Katanya pasukan penyelamat bertanggungjawab untuk membantu orang ramai sebaik mungkin ketika berlaku bencana namun pada masa yang sama anggota juga tidak boleh membahayakan nyawa mereka sendiri.

“Kalau dia nak selamatkan orang dia juga mesti selamat, maknanya tak boleh bahayakan pasukan penyelamat itu sendiri, jadi kita tidak boleh buat penilaian tidak betul kepada pasukan penyelamat.

“Contohnya seorang anggota bomba dikecam kerana berhenti makan selepas dia bekerja dan tidak tidur selama 48 jam. Sebagai manusia biasa dia pun perlukan rehat supaya dapat menjalankan tugas dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pingat kepada 248 pegawai dan anggota JBPM sempena Hari Anggota Bomba Sedunia 2015, di sini Selasa.

Semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mendedahkan kisah sebenar seorang anggota JBPM yang dikutuk kerana makan nasi bungkus ketika gerakan menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu.

Beliau berkata anggota JBPM Ranau yang bernama Jimmy itu sebenarnya antara anggota pasukan yang paling awal tiba di tempat kejadian dan tidak tidur selama 48 jam kerana berusaha menyelamat semua mangsa.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi berkata tidak timbul soal pasukan penyelamat lambat sampai dan pasukan malim gunung lebih banyak membuat kerja mencari dan menyelamat (SAR).

“Semasa peringkat awal kejadian pasukan malim gunung memainkan peranan awal kerana selain menjadi penunjuk arah, mereka juga perlu memastikan keselamatan pendaki di bawah seliaan mereka selain arif mengenai selok-belok kawasan itu.


“Pasukan penyelamat pula memerlukan empat hingga lima jam untuk naik ke kawasan pendaki bagi mengeluarkan mangsa. Semua agensi terlibat serta malim gunung telah memainkan peranan masing-masing dan tidak timbul soal siapa yang paling banyak buat kerja,” jelasnya.

Nordin juga menolak spekulasi bahawa pasukan penyelamat mengarahkan pendaki bermalam di Gunung Kinabalu pada hari pertama kejadian gempa bumi pada 5 Jun lepas, sebelum dikeluarkan pada keesokan harinya.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa pasukan penyelamat tidak menggunakan helikopter lebih awal untuk mengeluarkan mangsa dari Gunung Kinabalu.

“Untuk terbang pada altitud setinggi 10,000 kaki dan mendarat di tempat pendaratan yang kecil adalah sangat berbahaya, selain jarak penglihatan terhad akibat kabus dan terdedah kepada tiupan angin.

“Pada hari kedua barulah helikopter boleh digerakkan itu pun pada awal pagi dan lewat petang ketika cuaca baik dan kabus tidak tebal,” jelasnya.

Bagaimanapun, Nordin berkata operasi SAR pasukan penyelamat dengan kerjasama malim gunung itu berjalan dengan baik memandangkan ia adalah pengalaman pertama yang perlu dijadikan panduan pada masa akan datang. – BERNAMA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori