Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

KTMB Jual Awal 2...

KUALA LUMPUR - Jualan tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi perkhidmatan KTM...

Kerajaan Urus Isu Kos...

BANGI – Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menghadapi cabaran ekonomi global dan meletakkan...

PRK: Pusat Pengundian Ditutup,...

NIBONG TEBAL : Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Rain Umum Bakal Kahwini...

SETELAH lima tahun menyulam cinta, penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain mengumumkan bakal berkahwin...

Ubat Seks Lelaki ‘Tisu Magik’ Boleh Akibatkan Kemandulan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan amaran khususnya kepada kaum Adam agar tidak membeli mahupun menggunakan ubat kuat lelaki yang dikenali sebagai ’tisu magik’ yang berada di pasaran.

Ini berikutan, tisu magik tersebut telah disahkan berbahaya kerana mampu membunuh sperma lelaki sehingga mengakibatkan kemandulan.

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Mazlan Ismail, kandungan kimia aktif seperti Benzocaine, Lidnocaine dan Anastetic itu kebiasaannya digunakan dalam ubat bius semasa menjalani pembedahan.

Jelasnya, bahan kimia itu boleh mendatangkan kesan mudarat jika disapu secara kerap pada bahagian kemaluan lelaki.

“Selain itu, terdapat juga pelbagai campuran kimia lain termasuk alkohol yang menyebabkan kesan atau rasa kebas kepada si pemakai.

“Sudah acap kali amaran diberikan KKM kepada orang ramai terhadap bahaya bahan kimia perosak di dalam tisu magik ini. Berdasarkan laporan perubatan sebelum ini, kimia terkandung di dalam ‘tisu magik’ itu boleh merosakkan tisu urat saraf dan tisu mukosa,” ujarnya.


Bukan itu sahaja, kimia yang terkandung di dalam tisu itu adalah racun yang boleh membunuh sperma di dalam air mani.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=pOBhFCdmSdQ

Oleh: CARRIE

Sumber: Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori