Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pertama Kali Tujuh Pencalonan...

KUALA LUMPUR - Buat pertama kali, UMNO menerima tujuh pencalonan untuk jawatan presiden...

Video: “Pacak Lagi Bang,...

AKSI seorang pemuda yang menjawab panggilan telefon ketika sedang melakukan 'wheelie' telah mengundang...

Budaya Sabotaj Masih Ada...

LANGKAWI - Budaya mensabotaj pelaksanaan dasar-dasar kerajaan masih wujud dalam kalangan kakitangan perkhidmatan...

Dr Noor Hisham Muncul...

KUALA LUMPUR - Setiap individu boleh menjadi wira melawan COVID-19 hanya dengan mengamalkan pembudayaan norma baharu yang...

Ulama PAS Arah Pimpinan Pulau Pinang Jangan Letak Jawatan!

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mengarahkan semua pemimpin PAS Pulau Pinang yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu tidak meletak jawatan seperti disarankan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Ketua Penerangannya, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, semua ahli PAS Pulau Pinang diminta tidak melayan provokasi jahat Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu.

“Saya menyeru pimpinan PAS di Pulau Pinang dan Selangor agar tidak terpengaruh dengan provokasi Lim Guang Eng supaya pimpinan PAS di Pulau Pinang meletakkan perjawatan mereka dalam kerajaan Pulau Pinang.

“Biarkanlah Lim Guang Eng dengan segala keangkuhannya bertindak menurut apa yang dikehendaki oleh partinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Khairuddin berkata, usul yang diluluskan sebulat suara oleh Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan.


Katanya, Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan pelaksana akan melihat dan mengkaji serta meneliti pelaksanaannya menurut kesesuaian masa dan keadaan.

“Maka tidak perlu mana-mana ahli dan pimpinan PAS Jawatankuasa PAS Pusat dengan mengambil tindakan sendiri meletakkan jawatan dalam kerajaan di Pulau Pinang meskipun diminta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang,” tegasnya.

Tambah beliau, ahli PAS di Selangor juga diseru perkara sama kerajaan Selangor bukan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. – Mynewshub.cc

https://youtu.be/W2-r786ncts

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori