Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Letupan Di Gurun :...

Polis percaya anggota tentera yang terkorban dalam letupan bom di Gurun, Kedah semalam...

Cobattery : Casing Merangkap...

Sejak iPhone diperkenalkan pada tahun 2007, ia tidak mempunyai kemampuan bateri yang boleh...

Foto: Bomba Berjaya Tangkap...

SEKALI lagi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membuktikan kecekapan dan kepekaan dalam kejayaan...

Fesyen ‘Popiah Simpul’ Neelofa:...

PENGACARA dan ahli perniagaan Neelofa sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang berani mengambil risiko...

Umie Aida Harap Erma, Bade Pertahankan Rumah Tangga

SEBAGAI seorang adik, tiada apa yang diharapkan Datin Umie Aida selain rumah tangga yang dibina kakaknya, Erma Fatima bersama Bade Azmi selama 25 tahun dapat dipertahankan dan segala kemelut antara diselesaikan dengan baik.

BACA: Bade Tidak Tahu Erma Fatima Fail Permohonan Cerai

“Erma dan Bade sudah berkahwin selama 25 tahun dan saya sentiasa beritahu kakak saya supaya pertahankan rumah tangganya.

“Dia ada memberitahu masalahnya kepada saya tetapi tidak pernah sekalipun saya memberikan kata-kata negatif sebaliknya yakin ada jalan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka,” katanya kepada mStar Online pada majlis pelancaran koleksi tudung J Hijab by Umie Aida di butik Jovian, Bangsar semalam.

Hari-Jadi-Umie-Aida-2015-8

Dalam pada itu, Umie yakin keputusan yang dibuat Erma bukanlah keputusan yang terburu-buru kerana ia bukan tindakan yang mudah.

Bagi pelakon dan pengarah terkenal ini, dia tetap akan menyokong apa juga keputusan kakaknya kerana hanya Erma mengetahui kesakitan yang dialami.


“Mengenali Erma sebagai kakak dia bukan seorang yang mudah buat keputusan dan akan mengambil masa berfikir sebelum menyatakan sesuatu.

“Saya yakin tindakannya memfailkan permohonan cerai itu bukan sesuatu yang mudah buatnya dan pasti dia ada sebab tersendiri,” katanya.

erma

Sementara itu, Umie berharap agar semua pihak dapat memberikan ruang kepada Erma dan Bade selain mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE
Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori