Kalau di Malaysia, sebut sahaja Mutiara Damansara, pasti terus teringat akan beberapa tempat wajib singgah seperti Ikea, The Curve dan Ikano Power Centre.
Tetapi tahukah anda, di Perancis juga terdapat nama Mutiara Damansara? Namun jangan silap, ia bukanlah nama tempat tetapi nama sebuah kumpulan metal yang bergerak secara ‘indie’.
Kumpulan terbabit yang mula menubuhkan band berkenaan pada 2010 dianggotai oleh tiga jejaka, Charlize Ann Myers, Cyanure Nevermore dan Grumppy Woodcutter.
Keunikkan nama kumpulan tersebut semakin mendapat perhatian masyarakat Malaysia sehingga ada segelintir yang meminta mereka datang ke Malaysia untuk membuat persembahan.
Nah, anda baca sendiri perbualan antara kumpulan tersebut dengan beberapa individu dari sini.
Walaupun menerima banyak perlawaan dari pengguna laman sosial, namun band Mutiara Damansara mengakui sukar untuk datang ke Malaysia kerana kekangan kewangan.
Akui mereka, Mutiara Damansara hanyalah kumpulan muzik yang bergerak secara ‘underground’ dan tidak mempunyai banyak bajet untuk terbang ke sini.
Cadang mereka, andai ada peminat kumpulan metal yang berminat untuk membawa mereka ke sini, pihak tersebut bolehlah menguruskannya dengan menghubungi pihak promoter dan penaja.
Selain itu, cara lain adalah dengan mengutip dana bagi menampung perbelanjaan kumpulan tersebut untuk datang ke Malaysia.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, kumpulan itu memperolehi nama Mutiara Damansara setelah ahli-ahlinya membuat carian nama yang unik sebelum ia menjadi pilihan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Single Dari Mutiara Damansara – All Th Boys Love Mandy Lane
https://www.youtube.com/watch?v=2RdLIXWAl7Q