Tangerang – Seorang lelaki warga Nigeria mati selepas dipercayai cuba membelah perutnya sendiri untuk mengeluarkan kapsul dadah yang ditelannya.
Austin Chilikuwuma, 25, ditemui mati dalam keadaan perutnya terburai di tepi Jalan Tol Sedyatmo dekat Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, kelmarin.
Jurucakap polis berkata, lelaki itu dipercayai membelah perutnya untuk mengeluarkan kapsul dadah.
“Kami menjumpai lapan kapsul dipercayai berisi dadah dan serpihan kaca di bilik hotel tempatnya menginap tidak jauh dari lokasi mayatnya ditemui,†katanya.
Chilikuwuma menginap di hotel itu pada pagi kelmarin dan pada pagi semalam dia keluar dari bilik dengan tidak memakai baju dan perutnya berdarah.
“Dalam keadaan ususnya terburai, lelaki itu berlari ke bawah dan keluar ke jalan raya,†katanya. – Agensi/myMetro Online
https://www.youtube.com/watch?v=Z_c0gz6UxDM