Figura bernama Abdul Rani Kulup sememangnya dikenali penduduk Malaysia kerana sering mengambil tindakan membuat laporan polis terutamanya membabitkan isu masyarakat Melayu dan Islam.
Menggelar dirinya Ayah, Rani Kulup yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia selalu mendapat perhatian pengguna media sosial kerana sifat humor yang ada padanya.
VIDEO: Hebat.. Rani Kulup Pernah Bergelar Penyanyi Pop Yeh Yeh
Siapa sangka, Rani, 60, turut memiliki satu bakat terpendam iaitu menyanyi!
Kalau tak percaya, anda tonton sendiri video nyanyian Abdul Rani ketika membuat kemunculan di konti Suria FM, pagi tadi.
Berbakat kan Ayah ni sebenarnya?
Selain dari berkongsikan bakat menyanyi, Rani Kulup turut memberikan nasihat kepada pengguna jalan raya tentang keselamatan mereka.
Yelah, semua tahu, setiap kali tiba musim perayaan pasti kadar kemalangan akan meningkat. Maka andaĆāĆĀ dengarlah nasihat Ayah ya, kalau tak anda bakal kena belasah.
Bukan itu sahaja, Rani Kulup turut memberi pesanan kepada gadis yang datang ke bazar untuk berpakaian lebih sopan dan menghormati bulan mulia iaitu Ramadan. Kipidap!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR