SIAPA yang boleh lupa dengan tragedi Highland Towers di Ulu Klang yang telah mengorbankan  48 nyawa, 22 tahun dahulu.
Insiden pada 11 Disember 1993 itu disifatkan sebagai kemalangan paling buruk pernah berlaku dalam sejarah negara.
Selain menggunakan kecekapan pihak berkuasa tempatan, kepakaran daripada negara luar turut digunakan bagi melancarkan proses mencari dan menyelamat penduduk di situ pada ketika itu.
Setelah 22 tahun berlalu, kawasan itu dikatakan ‘berhantu’ malah sering menjadi sarang penagihan dadah.
Bagi mengimbau apa yang kini tinggal di kawasan elit itu pada suatu ketika dulu, Ohsem Flying Object (OFO) menempatkan tiga drone (alat mengintip yang boleh dikawal jauh dalam jarak dua kilometer) memerhatikan di sekeliling persekitaran tempat yang dikatakan berhantu.
Dengan kesan muzik yang disertakan dalam video ni, memang ada kalanya terasa meremang bulu roma jugak lah bila layan video ni! – MYNEWSHUB.CC