Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Keppel Ikut Jadual Bagi...

SINGAPURA - Keppel Shipyard Ltd, Singapura sedang mengikuti jadual bagi penyiapan kapal Pemunggahan...

Patuhi Temu-Janji Imunisasi Anak...

MESEJ Minggu Imunisasi Sedunia: Jangan biarkan ketakutan terhadap COVID-19 mendedahkan anak anda kepada...

Wow! Resepi Durian Goreng...

JARANG sekali kita lihat golongan ahli-ahli politik gemar berkongsikan hobi dan minat mereka...

Pelancong Kencing Di Tempat...

DUA lelaki dipercayai warga China yang bertindak biadap dengan membuang air kecil di...

Video: Gelagat Bengah Dan Afiatul Jadi Tumpuan

KEPERITHATINAN dan nilai kasih sayang yang dipamerkan oleh seorang abang terhadap adiknya yang merupakan golongan istimewa telah mencuri tumpuan masyarakat.

Dikenali dengan nama Makhlok Macho di laman Facebook, gelagat lelaki yang turut dikenali sebagai Bengah dan adiknya, Afiatul sentiasa menjadi tumpuan pengguna media sosial.

bengah2

Kemesraan kedua beradik ini dapat dilihat melalui perkongsian gambar namun apa yang menarik perhatian kami adalah penyebaran beberapa buah video sejak beberapa minggu lalu yang memaparkan gelagat mereka turut membuktikan keserasian antara mereka.

Melalui video yang dimuat naik Bengah di halaman Facebooknya, beliau mengajar Afiatul supaya berdikari dengan mengajarnya keluar membeli di Petronas seorang diri.

“Umur dah 17 tahun kan Afiatul ni. Bengah saja nak Afiatul berdikari pergi sendiri beli jajan dalam Petronas tu seorang diri. tapi apa yang dibalasnya lepas tu amat mengejutkan ialah.. bla bla bla..”, tulisnya menerusi kapsyen video berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?v=CtX-wNZStiM&feature=youtu.be


https://www.youtube.com/watch?v=QxUd8PnI1Kk&feature=youtu.be

Mempunyai adik-beradik yang mengalami sindrom down sebenarnya adalah amat mencabar bagi ahli-ahli keluarga dari segi fizikal dan emosi.

Ada diantaranya yang malu dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa salah seorang ahli keluarganya mempunyai insan istimewa ini.

Namun tidak bagi Bengah kerana adik istimewanya itu juga seperti insan biasa yang lain dan mempunyai ruang mereka sendiri di sisi masyarakat.

Apa yang Bengah ingin kongsikan ialah dia tidak malu apa yang ingin dikatakan oleh masyarakat tapi sebaliknya membuktikan kepada mereka yang dia boleh menjaga, melatih dan mendidik anak istimewa. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Makhlok Macho

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori