Ibadah puasa sememangnya diwajibkan terhadap umat Islam bagi menguji kesabaran dalam menempuhi pelbagai dugaan, antaranya lapar dan dahaga serta menahan amarah.
Sayangnya, dugaan tersebut tidak mampu dilalui oleh sesetengah pihak.
Satu kejadian memalukan telah berlaku di lokasi bazar Ramadan Damansara Damai apabila beberapa individu yang dipercayai peniaga di situ bertindak menghalau dua warga asing hanya kerana mereka meminta untuk mengalihkan kereta dari kawasan tersebut!
Selfie Lepas Terawih Hapus Pahala Puasa
Sudahlah menghalau mereka dari lokasi berkenaan, ada pula peniaga yang dilihat memaki-hamun dan menolak warga asing berkenaan seolah-olah ajak bergaduh!
Anda lihat sendiri rakaman dari salah seorang saksi yang dipercayai turut menyokong tindakan peniaga-peniaga ‘samseng’ itu.
https://www.youtube.com/watch?v=1KSjR6f2udU
TOLAK ANSUR LA BRO SEBAGAI ORANG ISLAM….Satu kejadian memalukan telah berlaku di lokasi bazar Ramadan Damansara Damai…
Posted by Mynewshub on Monday, June 22, 2015
Rata-rata netizen mengutuk peniaga-peniaga tersebut kerana tindakan biadab yang dilakukan mereka langsung tidak mencerminkan akhlak seorang Islam.
Pastinya, kalau mereka bertolak-ansur, kejadian sedemikian tak akan berlaku.
Komen seorang netizen, Syed Huzier Syed Razak, “Aku tengok org asing tu rileks je.. yg jumping jumping tu abg2 peniaga tu hah . Sia sia puasa..(puasa ke?)
“Yg tukang record pun boleh tahan dia punya hasut.. ditambah lagi dgn ‘boooo!’ Kat hujung2 tu.. inilah Melayu.. ini bukan Islam.. ini Melayu.”
Memang pedas, kan?
Salah seorang pengguna lain, Edy Dy pula berkata, “Ini la yg kita takutkan…bila ramadhan tiba.. Allah akan tunjuk siapakah DIRI kita yg sebenar… Bukan syaitan atau iblis lagi…kerana mereka semua sedang dirantai… Tepuk dada tanya selera…”
Komen Sahiman Basari pula, Tu cari rezeki ke nak cari gadoh di bulan puasa… da lupa hang tinggal kat mana…. kata kita mulia dengan budi bahasa anak watan…. malu kita orang semua tau….
Menarik juga komen dari netizen yang bukan Islam, Kumu Hephzi Kumz, my race is different but I respect Muslim friends in my Malaysia …. so guys …. we are living in the multi cultural country… must be a good example.. so the foreigners will know more good things about our country… even thought in this HOLY FASTING MONTHS !!! smile emoticon like emoticon don’t show off ur anger … be a clam person…. not for only int his RAMADAN …but FOREVER !! hope others also won’t do like this !!!
Hanya kerana nafsu dan memikirkan perniagaan, pihak-pihak terbabit nampaknya terlupa tentang konsep ibadah puasa.
Sayang sungguh, rahmat Ramadan yang datang hanya digunakan untuk mencari rezeki dan melipat gandakan pendapatan dan bukan pahala dan amal ibadah. Ruginya…
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR