Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengubahan Wang Haram: SPRM...

MELAKA - Pegawai kanan kerajaan bergelar 'Datuk' yang dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan...

Gagal Dua Perkahwinan, Rita...

PENGALAMAN pernah melalui dua kegagalan dalam perkahwinannya membuatkan pelakon jelita Rita Rudaini berasa...

Perodua Nafi Gambar Viral...

Kami pasti kebanyakan anda ada menerima kiriman gambar di bawah menerusi laman sosial...

TH Tunggu Kelulusan Ketua...

PUTRAJAYA - Tabung Haji masih menunggu kelulusan Ketua Audit Negara berhubung pengumuman pembayaran...

Video: Ibu Bapa Cuai, Bayi Nyaris Mati Terkurung Dalam Kereta

GARA-GARA kecuaian sepasang suami isteri, seorang bayi nyaris menemui ajal apabila ditinggalkan di dalam kereta bersendirian di tepi jalan di Seksyen 9, Shah Alam, pada Isnin.

Video berdurasi 1 minit 40 saat ini memaparkan detik-detik cemas orang ramai menyelamatkan bayi berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta Perodua Myvi berwarna putih.

https://www.youtube.com/watch?v=x4HjIYAY9FA&feature=youtu.be

Melalui video, kedengaran suara orang ramai mengatakan bayi tersebut sudah berpeluh dan pucat kerana ditinggalkan dalam kereta yang enjinnya dimatikan dan tingkap bertutup rapat.

Maka orang awam yang berada di lokasi terpaksa memecahkan tingkap sebelah kanan bahagian belakang kereta berkenaan untuk membuka pintu.

Sebelum itu, pelbagai cara telah dilakukan oleh orang ramai yang berada di situ untuk menyelamatkan bayi berkenaan yang usianya dijangka sekitar setahun.

Tindakan memecahkan cermin kereta merupakan langkah terakhir setelah pelbagai usaha termasuk mengumpil pintu, menemui kegagalan.

Bagaimanapun, sehingga bayi itu berjaya dikeluarkan, kelibat ibu bapa atau penjaga bayi itu tidak juga kelihatan.


Rata-rata pengguna Facebook yang melihat video tersebut menyifatkan kedua ibu bapa kepada bayi tersebut amat tidak bertanggungjawab.

Hmm… bukan niat nak memaki atau menghina sebenarnya tapi itulah… tak peka dan tak ambil berat pasal nyawa anak-anak.

Sudah banyak berlaku kes macam ni tapi masih ada yang sambil lewa juga.

Apa-apa pun semoga semua dapat iktibar.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori