PENGALAMAN membuat liputan di satu lokasi kes rompakan melibatkan tiga suspek ini mungkin menjadi mimpi paling ngeri buat seorang wartawan penyiaran di Aracaju, Brazil.
Semuanya gara-gara dia tersilap menemu bual seorang suspek yang sebenarnya sudah mati.
Pada awalnya, wartawan tersebut dilihat menemu ramah seorang pegawai polis untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.
Bagaimanapun, nekad untuk mendapatkan berita eksklusif, wartawan berkenaan cuba meluru kepada dua suspek yang dalam keadaan tertiarap dan diikat tangan untuk bertanya sesuatu.
Salah seorang suspek dilihat membalas beberapa pertanyaan wartawan dengan suara yang amat perlahan.
Tidak berhenti setakat itu, dia kemudian bertindak menghampiri seorang suspek berbaju warna biru yang juga sedang dalam keadaan tertiarap.
Wartawan itu kemudian mengajukan beberapa soalan kepada lelaki tersebut sambil mengoyangkan badannya.
Akibat tidak menerima sebarang tindak balas, wartawan berkenaan yang seolah-olah baru menyedari situasi sebenar bangun sambil berkata, “Peliknya, saya cuba menemu bual lelaki yang telah mati sebentar tadi”.
Wartawan itu juga seperti cuba menahan ketawa kerana kesilapannya menemu bual mayat.
Menurut pihak polis, dua suspek berjaya ditahan manakala seorang lagi suspek maut di tempat kejadian.
Video yang baru  dimuat naik 28 Mac di laman Youtube ini menarik perhatian ramai dan menjadi viral di luar negara.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
https://www.youtube.com/watch?v=IqcJntKPT5o