Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pendapatan Ronaldo Paling Tinggi

London - Cristiano Ronaldo kini menjadi atlet berpendapatan paling tinggi di dunia selepas...

Sebanyak 20 Lebuh Raya...

Sebanyak 20 buah lebuh raya berkelayakan untuk mendapat kenaikan tol pada tahun depan...

Rahman Dahlan Fail Saman...

PUTRAJAYA - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan...

Ratu Bollywood Kajol Gegarkan...

PENANGAN Dilwale masih lagi terasa pada peminat filem Bollywood di seluruh dunia termasuk...

Video: Pemandu Samseng Tarik Rambut, Hentak Muka Orang Tua

HANYA kerana tidak memberi laluan ketika ingin dipintas, seorang pemandu samseng bertindak biadab menarik rambut serta menolak muka seorang warga emas.

Kejadian ini menjadi bualan ramai sejak semalam selepas video yang dikatakan dirakam berlaku di kawasan Summit USJ, Petaling Jaya tersebar.

VIDEO: Apabila Samseng Jalan Raya Bertemu Buku Dengan Ruas

Berdasarkan video berdurasi 3 minit 56 saat, insiden bermula setelah kedua-dua kenderaan berhenti lantas pemandu kereta datang ke kereta hadapan dan mula menengking pemandunya yang merupakan warga emas.

https://www.youtube.com/watch?v=yAQOGYbetqg&feature=youtu.be

Ia menjadi semakin buruk apabila pemandu terbabit bertindak menarik rambut dan menghentak muka mangsa sebanyak dua kali tanpa belas kasihan.

Perkara ini membuatkan pengguna jalan raya yang lain berhenti lalu salah seorang yang kasihan dengan nasib mangsa datang ke arah pemandu samseng terbabit dan menegurnya.


Apabila semakin ramai yang mengerumuni tempat kejadian pemandu samseng itu dan ahli keluarganya kembali masuk ke dalam kereta lalu memecut meninggalkan lokasi kejadian.

Walaupun video berkenaan tidak mempunyai audio, ramai beranggapan ia terjadi kerana pemandu samseng itu tidak puas hati apabila tidak dapat memotong kenderaan warga emas berkenaan.

Perkara sebenar masih belum dapat disahkan tapi apa yang pasti tindakan pemandu tersebut memang samseng dan kurang ajar. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori