SEORANG pendaki Gunung Kinabalu, Jacky Teh yang berjaya menawan puncak gunung tertinggi Asia Tenggara itu berkongsi pengalamannya yang pernah mendaki bersama malim gunung, Robbi Sapinggi.
Robbi merupakan salah seorang daripada malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi Sabah, awal pagi Jumaat lalu.
Jacky menzahirkan perasaan simpatinya dengan mengilhamkan satu video penghargaan khas buat Robbi yang pernah membimbing Jacky dan kumpulan pendakinya pada pertengahan April lalu.
Robbi Sapinggi, Wira Yang Terkorban Dalam Gempa Sabah
Jacky turut mengelar pengorbanan Robbi sebagai seorang hero yang sebenar.
Robbi, 31, meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak di bahagian kepala ketika insiden itu berlaku.
Dalam menahan kesakitan, Robbi masih tetap meneruskan tugasnya memimpin dan menyuruh kesemua pendaki yang berada di bawah penyeliaannya untuk segera turun menyelamatkan diri.
Salam takziah buat keluarga Robbi dan rest in peace Robbi.. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?t=160&v=nBKeXSr0xHk