PERSEMBAHAN Kanye West di Festival Glastonbury 2015 dicemari dengan insiden di mana seorang penonton konsert tersebut terlepas naik ke pentas utama festival tersebut yang berlangsung di England, baru-baru ini.
Suami kepada Kim Kardashian itu kelihatan tidak berapa gembira dengan ‘pencerobohan’ yang dilakukan oleh individu tersebut.
Rapper itu diganggu sebelum dia mengarahkan penceroboh itu dihalau keluar oleh pengawal yang bertugas.
https://www.youtube.com/watch?v=QAwrL6v-Hh4
Setelah dikenalpasti orang yang menganggu persembahan Kanye itu adalah seorang pelakon British, Simon Brodkin yang mahu persembahan Kanye diganggu olehnya menjadi tajuk utama media pada keesokan hari.
Ternyata tindakannya itu berbaloi kerana hampir kesemua media antarabangsa memberikan highlight terhadap perbuatan ‘gilanya’ itu.
Namun, seperti yang semua tahu, Kanye pun ada sejarah buruknya yang tersendiri apabila mengganggu ucapan kemenangan Taylor Swift pada majlis MTV Video Music Awards 2009 hanya disebabkan dia tidak bersetuju dengan kemenangan Taylor dalam kategori Best Female Video menerusi lagu You Belong With Me.
Hmmm, karma much? – MYNEWSHUB.CC