Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harga Kerang Naik RM3...

PUTRAJAYA - Sebuah restoran di Subang Jaya, Selangor bakal berhadapan tindakan mahkamah kerana...

Polis Hantar 10 Pegawai,...

SEPANG - Sepuluh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berlepas ke...

PAS Tak Terlibat Usul...

KUALA LUMPUR - PAS mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak...

Nelayan Cedera Ditikam Menantu

ISKANDAR PUTERI - Seorang nelayan cedera di leher akibat ditikam menantunya apabila...

Video: Pesanan Azwan Ali Kepada Pengikutnya Yang Ingin Berbuka

HANGAT, hangat jadinya apabila selebriti Azwan Ali terus bersikap biadap dengan memuat naik video menghina sebuah kafe yang menaja steak percuma kepada wanita yang dimakinya sebelum ini.

Menerusi rakaman video, adik kepada Menteri Besar Selangor, itu mengutuk kafe berkenan, Me’nate Steak Hub, sebagai tempat makan yang tiada class dan murah.

Kesian! Netizen Nak Tolong Tapi Dimaki Hamun Azwan Ali

Dengan nada angkuh, Azwan berpesan supaya tidak berbuka puasa di kafe berkenaan kerana murah berbanding di Hotel Mandarin atau hotel enam bintang yang lain.

“Helo uols, ingat pesanan truly diva AA, jangan berbuka di kedai binatang, berbuka lah di Mandarin Oriental ke, hotel 6 bintang ke, tak main berbuka di kedai murah ni, mintak kebulur, minta despedo, ho ho, eeee malunya,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=P3w5yL89Ff0&feature=youtu.be

Rentetan sehingga tercetusnya hastag #menate di Twitter ini bermula apabila Diva AA menanyakan tempat yang menyediakan menu steak yang sedap untuk berbuka puasa.

Seorang pengikutnya, Nur Azira Wazi Azman membalas tweet itu dengan menjawab Me’nate.

Azwan mengamuk dan memaki wanita berkenaan dengan pelbagai gelaran memalukan kerana menyangka Me’nate itu bermaksud ‘binatang’ dalam dialek Kelantan.


Kontroversi itu diketahui pemilik Me’nate dan mempelawa wanita berkenaan dan keluarganya berbuka puasa secara percuma.

Setelah Diva AA mengetahui hal tersebut, terus dilemparkan Twit yang berunsur cacian kepada pemilik restoran berkenan.

DIVA AAAAAAAAAAAA

Pemilik restoran Me’nate, Che Mustaffa Othman yang merupakan bekas tukang masak di Istana Buckingham dan berkhidmat untuk mendiang Puteri Diana dan Queen Elizabeth mengharapkan agar Diva AA berubah dan seakan memaafkannya.

“Takapalah, biarkan dia. Kita kena penuhkan hidup kita dengan orang-orang yang positif dan orang yang buat kita gembira. Abaikan orang-orang yang tidak memberikan kebaikan kepada hidup kita.

“Tapi saya berdoa agar suatu hari Allah buka pintu hati beliau untuk jadi insan yang lebih hebat”,” kata Che Mustaffa seperti dilaporkan sebuah portal.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori