RAJA report polis, Abdul Rani Kulup nampaknya sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Populariti Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu semakin melonjak naik lebih-lebih lagi dengan munculnya ‘page troll’ yang melibatkan imej sepertinya di laman sosial Facebook.
Malah, Rani Kulup juga berjaya mencuri perhatian khalayak apabila tagline yang digunakannya iaitu #kipidap (keep it up) seolah menjadi satu fenomena khususnya dalam kalangan pengguna media sosial.
Ternyata, walaupun dirinya sering dijadikan bahan troll di Facebook, namun beliau tetap teguh di kalangan ‘peminatnya’ sehingga menggelarkan dirinya sebagai ‘Ayah’ setiap kali berbicara.
Terkini, satu klip video rakaman memaparkan aksi beliau sedang memasak juadah untuk berbuka puasa menjadi viral di laman sosial.
https://www.youtube.com/watch?v=qTPZ_8ZcqNw
Menerusi rakaman tersebut, ‘chef’ Rani Kulup menyatakan ingin membuat kejutan kepada peminatnya dan seluruh rakyat negara ini dengan memperkenalkan resepi istimewa yang diberi nama Ketam #Kipidap.
Jelasnya, peminatnya akan berasa bertuah kerana tidak ada mana-mana chef atau tukang masak yang tahu menyediakan resepi Ketam #Kipidap itu.
“Tak da chef-chef yang lain tahu nak masak masakan ini. Kalau mereka nak resepi ini kena jumpa ayah.
“Ayah juga pasti, siapa yang makan masakan ini pasti akan mencarinya (mendapatkan resepi) macam mana nak buat,†ujar Rani Kulup melalui rakaman tersebut.
Klip video berdurasi 6 minit 38 saat itu dirakam portal Mstar Online ketika Rani memasak hidangan berbuka puasa bersama keluarganya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq