Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Fazura Hamil Empat Bulan

PELAKON popular Fazura berkongsi berita gembira apabila kini hamil anak pertama hasil perkahwinan...

Peng Soon-Liu Ying Ikut...

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut...

‘Perang’ Antara Mourinho, Woodward...

SEMASA Gerard Houllier dipecat oleh Liverpool pada 2004, dia menyalahkannya dengan bilangan legenda...

Dayang Nurfaizah Terima Anugerah...

PELONTAR suara Separuh Mati Ku Bercinta, Dayang Nurfaizah antara yang menerima anugerah The...

Video: Satu Keluarga ‘Berjemaah’ Mencuri Di Stesen Minyak

MENGEJUT LAGI MEMALUKAN!

Inilah reaksi pertama kami sejurus melihatkan aksi sekumpulan lelaki dan perempuan yang seakan sebuah keluarga bertindak mencuri barangan runcit di sebuah stesen minyak.

Perbuatan memalukan itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada 25 Jun, di stesen minyak Carltex, manjung, Perak.

Berdasarkan maklumat yang dimuat naik di laman sosial, kejadian dikatakan didalangi seramai 10 orang kesemuanya.

Menerusi video, ‘ke­luarga pencuri’  ini menggunakan taktik tipu helah apabila beberapa anggotanya dilihat berurusan di beberapa bahagian lain untuk mengkaburi pekerja stesen minyak sebelum seorang ahli keluarganya yang lain bertindak melarikan barangan yang telah dihimpunya.

https://www.youtube.com/watch?v=zKTWKD2IvEA&feature=youtu.be

Menurut maklumat juga, seorang suspek yang berperwatakan sebagai wanita tua berpura-pura bertanyakan sesuatu kepada penjaga kaunter berkenaan sebelum ‘anak-anaknya’ yang lain mengambil kesempatan membawa lari barangan curi.


Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan suspek bukan sahaja memalukan Agama, bahkan menjatuhkan air muka bangsa sendiri.

“Malunye …. Ape la tanggapan org bukan Islam tgk org Islam perangai lahanat mcm ni ? Semoga dorg yg mencuri jemaah ni dpt hidayah di bulan yg mulia ni ..”, Tulis Zana Nawar.

“Org lain taraweh bejemaah kt masjid..die bjemaah 1 family mcuri plak..dunia akhir zaman..”, tulis Daliela Ramlie

Ternayata di bulan yang penuh keberkatan dan mulia ini pun masih tidak dapat mengekang sifat keji segelintir golongan manusia yang bodoh seperti ini.

Imej ‘keluarga Islam’ dan lagak ‘emak-emak’ seakan dibuat main pula oleh mereka.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori