HEBAT.. wanita veteran berusia 92 tahun ini berjaya memecah rekod selaku peserta wanita paling tua yang berjaya menamatkan larian marathon di San Diego.
Harriette Thompson menamatkan larian di Rock ‘n’ Roll Marathon pada usia 92 tahun 46 hari, sekaligus memecah rekod yang dipegang oleh Gladyss Burrill yang menamatkan larian marathon ketika berusia 92 tahun 16 hari.
Dalam marathon itu, Harriette berlari sejauh 26.2 batu dalam masa 7 jam 24 minit, dan ini merupakan marathon yang ke 15 dia berjaya tamatkan.
Dia membuat larian marathon ini bersama-sama dengan bekas penyakit kanser untuk Leukemia And Lymphoma Society selepas abang serta abang iparnya meninggal dunia akibat penyakit tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=mN6vs50imqw
– MYNEWSHUB.CC