Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pasport Singapura Diiktiraf Paling...

PASPORT Singapura buat pertama kali diiktiraf sebagai pasport paling berkuasa di dunia untuk...

Tragedi Kepala Air: Operasi...

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram...

Maria Chin Ditahan Bawah...

KUALA LUMPUR - Penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan...

Harga Baharu Petrol Dan...

SHAH ALAM - Harga runcit baharu petrol dan diesel bagi Mac akan berkuatkuasa...

Wanita Didakwa Gubah Wang Haram RM150,150

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 21 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM150,150, tahun lepas.

L.Christina, 31, yang tidak bekerja, didakwa memperoleh wang berkenaan secara tunai melalui pengeluaran ATM dan cek tunai daripada akaun perniagaan milik syarikatnya di tiga lokasi berbeza iaitu di Bandar Puteri Puchong, Bandar Mahkota Cheras dan Sentul Raya di sini antara 5 Mac hingga 18 Mac, 2014.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Zanol Rashid Hussain membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.


Mahkamah menetapkan 10 Julai ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori