LONDON – Ibarat pantang maut sebelum ajal, seorang wanita Inggeris dilaporkan media Britain terselamat daripada maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta hanya kerana memiliki sepasang buah dada yang besar.
Sarah Foster, 28 tahun, telah memberhentikan kenderaannya di tepi jalan dan keluar untuk merokok serta ingin menghubungi ibunya sebelum dilanggar oleh sebuah kereta jenis Mini Cooper yang dipercayai terbabas.
Sarah yang tercampak di bahagian cermin kereta itu terselamat kerana telah dilantunkan semula oleh buah dadanya yang bersaiz 38JJ sekali gus berjaya mengurangkan impak gegaran lebih serius terhadap dirinya.
Pasangannya, Marie, 36 tahun; yang ketika itu berada dalam kereta mereka bersama-sama dengan dua orang anak mereka bergegas berlari ke arah Sarah yang tidak sedarkan diri dan menariknya ke tempat yang lebih selamat.
Bagaimanapun, pihak paramedik tempatan yang tiba di tempat kejadian terkejut kerana mendapati Sarah hanya mengalami luka dan lebam di badan serta kerosakan di ligamen lututnya.
Dia segera dibawa ke hospital bandar raya Peterborough, 121 kilometer ke utara ibu kota London; untuk rawatan namun telah dibenarkan pulang ke rumah beberapa hari kemudiannya.
Sarah memberitahu, doktor menyatakan dia berkemungkinan boleh mati dalam kemalangan tersebut tetapi terselamat kerana memilii tuah saiz buah dadanya yang besar itu. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=FHRxMnHXv1w
Sumber: Daily Mail