London – Baboo bukan sembarangan anak patung beruang sebaliknya ia bersama-sama dengan tuannya sepanjang masa dan digendong di lengan umpama anak sendiri.
Baboo juga sudah mengembara ke Hong Kong, Thailand dan seluruh Eropah.
Selain memiliki beg sendiri, Baboo juga mempunyai baju yang berbeza.
Namun apabila Baboo hilang, pemiliknya Neha Shah umpama `orang gila’ kerana terlampau rindukan anak patung beruang itu.
Baboo hilang ketika Neha dan suaminya, Ashish Gaur keluar makan malam. Neha yakin Baboo terjatuh dari begnya apabila dia memegang anak patung itu untuk dicium.
“Baboo kemana-mana sahaja bersama-sama saya. Dia juga makan dan tidur sekatil bersama saya dan suami,’’ katanya.
Sejak Baboo hilang, Neha tidak berhenti menangis dan menjadi trauma.
Anak patung itu merupakan hadiah daripada kawannya, empat tahun lepas dan kawannya itu telah pulang ke India.
https://www.youtube.com/watch?v=U5Rn1TCSV-M&spfreload=10