Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Sahkan Mayat Disimen...

MISTERI kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony...

Kes HFMD Di Kedah...

ALOR SETAR : Sebanyak 1,178 kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)...

Pembangkang Pelawa Kerjasama Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Pembangkang menawarkan kerjasama kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melunaskan...

PKR Pandang Serius Pendapat...

KOTA KINABALU - PKR memandang serius kenyataan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mendakwa...

Wanita Iran Protes Buka Tudung, Ajar Dedah Kecantikan Rambut

UNTUK pengetahuan anda, wanita Iran sebenarnya terikat dengan kewajiban menutup kepala apabila keluar dari rumah kerana tertakluk kepada undang-undang yang telah ditetapkan negara itu semenjak tahun 1979.

Berikutan itu, mana-mana wanita yang gagal mematuhi undang-undang tersebut akan dikenakan denda kerana dianggap tidak berpakaian sopan.

Dek kerana kekangan itu, muncul segelintir wanita Iran yang cuba mencabar pelaksanaan undang-undang tersebut kerana menyifatkan ianya peraturan yang lapuk dan tidak adil.

Kumpulan yang dikenali sebagai My Stealhty Freedom, bukan sahaja menghentam undang-undang tersebut malah bertindak melancarkan protes dengan menyarankan wanita Iran memuat naik gambar membuka hijab.

10354779_1164973866850039_4198243195330574614_n 22800_1167208076626618_2230257313556188375_n 10425121_1005081819505912_480420159616627093_n 10432157_1019911841356243_1978585375778093980_n 11052446_1132990463381713_4340287259501373815_n 11139767_1142883955725697_3658958214390022195_n

Malah, kumpulan ini dilaporkan berjaya menarik hampir 830 ribu pengikut di laman Facebook.

Menerusi laman itu, ahli-ahlinya juga dilihat lantang bersuara tentang hak kebebasan tanpa hijab yang mereka inginkan.


“Sebagai seorang wanita Iran, saya menentang undang-undang mewajibkan hijab. Saya mahukan kebebasan untuk diri, anak dan semua wanita Iran,” kata salah seorang ahli My Stealhty Freedom.

Dalam pada itu, page tersebut turut mendapat sokongan pelbagai wanita dari pelosok dunia.

Bagi kumpulan ini, rambut adalah satu anugerah kecantikan yang harus dipamerkan dan bukan untuk disembunyikan.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=qEsCt2ua8Bg

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori