Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Impian Syafie Naswip Beli...

PELAKON, Syafie Naswip meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila impian untuk membelikan rumah...

Musa Aman Mahu kajian...

TAWAU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mahu kajian dalam semua...

Mayat Dalam Longkang Ada...

SHAH ALAM - Mayat wanita yang ditemui di dalam sebuah longkang di Persiaran...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Wanita Kulit Putih Menyamar Aktivis Kulit Hitam Dikecam Hebat

Los Angeles – Wanita ini, Rachel Dolezal, 37, adalah wanita kulit putih namun kini dia dikecam hebat di Amerika Syarikat kerana menyamar sebagai kulit hitam untuk berkempen sebagai aktivis Afrika-Amerika di negara tersebut.

Penipuan Dolezal telah dibongkarkan sendiri oleh ibu bapanya selepas mereka tidak bertegur sapa lagi.

Ibu bapanya turut memberitahu keturunan mereka adalah berasal dari kulit putih dan tiada secebis pun keturunan kulit hitam, justeru bagaimana ia boleh mengaku sebagai wanita kulit hitam.

Bagi meyakinkan ramai bahawa dia adalah kulit hitam, Dolezal telah melakukan perubahan ketara pada wajahnya termasuk mengerintingkan dan mewarnakan rambut dari perang kepada hitam.

“Dia memberitahu saya supaya tidak mendedahkan siapa dia sebenarnya. Dia tidak mahu keluarga kami yang berasal dari Montana didedahkan kerana dia mahu memulakan hidup baru,” kata adiknya Ezra.

Dolezal turut memberitahu semua orang bahawa ibunya dan bapa tirinya (yang merupakan bapa sebenar) sering memukul anak-anak mereka dengan rotan, sama seperti yang dilakukan terhadap hamba.


Wanita ini turut mengadu kepada polis bahawa dia menjadi mangsa perkauman kerana mempunyai darah campur kulit hitam dan kulit putih,meskipun perkara tersebut tidak berlaku.

Dolezal yang merupakan Presiden NAACP, iaitu pertubuhan untuk pergerakan kulit hitam turut menjadi profesor pengajian Afrika di sebuah universiti tempatan dengan menekankan bagaimana wanita kulit hitam terpaksa bergelut untuk memajukan diri.

Pihak berkuasa kini menyiasat sama ada Dolezal patut didakwa kerana menipu mengenai latar belakangnya dan dakwaan palsu terhadap 9 laporan yang dibuatnya berhubung jenayah perkauman.

 

https://www.youtube.com/watch?v=7thIE67aqeM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori