Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Notis Larang Penggunaan Pelekat...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan notis PG 1 iaitu notis...

Kabinet Malaysia Tidak Boleh...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar mendakwa Kabinet...

Leher Dijerut Punca Kematian...

WANITA warga emas yang maut selepas dipukul dan dipijak di Kampung Pasir Panjang,...

Pemandu Lori Sayur Bebas...

IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan seorang pemandu lori sayur...

Wanita Terjun Tasik Kerana Suami Enggan Beli Beg Tangan Baru

CHINA – Ada juga perempuan mata duitan seperti ini yang sanggup terjun ke dalam sungai hanya disebabkan suaminya enggan membelikan beg tangan yang baru. Kejadian itu berlaku di timur China.

Wanita berusia dalam lingkungan 30-an itu enggan naik ke daratan dan sanggup berendam dalam tasik itu selama 20 minit hinggakan polis terpaksa memanggil suaminya untuk membantu selepas dia enggan memberikan kerjasama dengan polis.

Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila suaminya bukan menarik tangan wanita itu sebaliknya memegang leher dan memasukkan kepala isterinya ke dalam air.

Melihat keadaan tersebut, polis terpaksa terjun ke dalam tasik itu untuk menyelamatkan wanita itu.

Menurut keterangan yang diberikan kepada polis, wanita itu mendakwa dia selalu dipukul suaminya dan lelaki itu telah memukulnya di jalan raya susulan pertengkaran mengenai beg tangan baru.


Suaminya dikatakan telah memohon maaf kepada si isteri dan berjanji tidak akan memukulnya lagi.

Pasangan itu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, tetapi tidak pasti sama ada dakwaan akan dikenakan ke atas mereka. – MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/6XWgD9qO7Lk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori