Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Bukti Terapi Ozon...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan akan mengkaji permintaan Pertubuhan Pengamal Perubatan Ozon Malaysia...

Bayi 6 Bulan Perlu...

KUALA NERANG - Seorang bayi berusia enam bulan yang menghidap sakit jantung di...

AS-China Meterai Perjanjian Dagang...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dan China memeterai perjanjian perdagangan semalam yang akan...

UMNO Setuju Cadangan Akta...

KUALA LUMPUR - Cadangan memperkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik mampu mengukuhkan keadaan...

Warga Sri Lanka Didakwa Bunuh Seorang Lelaki Di Restoran

IPOH – Seorang lelaki warga Sri Lanka dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang warga Bangladesh pada 19 Mei lepas.

Thaluka Awantha Kuhanige, 19, didakwa membunuh Reazul Islam Saha, 43, di tepi kaki lima Restoran Candy Bar, Persiaran Pulai Baru 2, Taman Muda di Simpang Pulai di sini, antara pukul 6 petang hingga 7 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkod dan tertuduh yang memakai t-shirt berwarna hitam hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Haslinda A.Raof.

Mahkamah menetapkan 7 Ogos depan untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fadhil Ab Wahab dan tertuduh diwakili peguam V. Ravindran.

Media sebelum ini melaporkan mangsa yang sedang minum di restoran berkenaaan, didatangi suspek dan menyebabkan berlaku pergaduhan. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori