SETIAP wanita pasti mengidamkan susuk tubuh yang cantik serta menawan dan memiliki punggung yang besar juga merupakan satu aset penting bagi kaum ini.
Lazimnya, bintang popular di Hollywood yang tidak berpuas hati dengan saiz punggungnya akan menjalani pembedahan atau pun membuat suntikan pada bahagian tersebut.
Namun berbeza dengan seorang pelajar dari Los Angeles ini, dia kini secara rasminya memegang takhta punggung terbesar di dunia.
Wanita itu, Mikel Ruffinelli memiliki ukuran punggung sebesar lebih 251 cm, memang menakjubkan!
Menerusi satu dokumentari yang mengikuti perkembangan Mikel dan kesukarannya kerana memiliki punggung yang besar, dia menghadapi beberapa masalah seperti masuk ke bilik air untuk mandi.
Walau bagaimanapun, Mikel sangat suka dengan aset tersebut serta bentuk badannya yang ‘menawan’ itu.
“Saya suka lenkungan badan ini, saya suka punggung saya. Lelaki tidak suka dengan perempuan kurus, mereka sukakan perempuan bertubuh badan seperti ‘jam pasir,” katanya kepada sumber.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt