Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemenang Paralimpik 2016 Berangkat...

SEPANG - Empat pemenang pingat Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil...

Mahathir Pertahan Hak Kebebasan...

NEW YORK - Dituduh seorang yang anti-Semitik, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Kuala Lumpur Tersenarai ‘Seven...

KUALA Lumpur telah disenaraikan antara tujuh bandar terbaik di seluruh dunia termasuk Beirut...

Adoi… Nak Kelentong Peniaga...

Zaman kini, sesetengah individu menggunakan pelbagai helah dan taktik untuk menipu bagi meraih...

Yatt Hamzah, Suami Pilih Berbulan Madu, Jalani Puasa Di Mekah

SEPERTI semua maklum, pelakon Yatt Hamzah memilih untuk kembali bersama suaminya setelah menarik balik kes permohonan penceraiannya terhadap suaminya Mac lalu.

Berita baik ini nyata menggembirakan peminat hiburan yang mengharapkan terbaik buat selebriti kesayangan mereka ini.

1

Bercerita mengenai aktiviti bulan Ramadan lagi beberapa hari, Yatt Hamzah mendedahkan dia akan berangkat ke kota suci Mekah bersama suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor tidak lama lagi bagi menunaikan impiannya untuk menjalani ibadah puasa di sana.

“Bulan Ramadan ini saya akan buka butik seperti biasa dan akan tutup sebelum berbuka puasa dan pada malam hari saya akan fokus untuk tunaikan solat tarawikh dan ibadat-ibadat yang lain. Selain itu saya tak sabar untuk berbuka puasa dengan minuman air zam-zam di Masjidil Haram.

“Saya rasa sangat bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah Taala kali ini. Walaupun berpuasa, ini juga kira honeymoon saya dan suami,” katanya sambil tertawa kecil.


Sebelum ini, menerusi rancangan H Live! Apa Kata Malaysia, Yatt dan suami memohon kepada para peminat agar mendoakan mereka dikurniakan cahaya mata lagi.

1

Dalam pada itu, Yatt yang sibuk mengusahakan butik muslimahnya memaklumkan hasil keuntungan perniagaannya turut didermakan kepada umat Islam di Palestin bersempena Ramadhan ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE
Sumber: Roti Kaya

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori