PELAWAK Zizan Razak mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya, Emma Maembong dengan pelakon lelaki yang dikaitkan rapat dengan aktres itu kini iaitu Kamal Adli.
Ditimpa Banyak Gosip, Zizan Razak Kini Di Ambang Kejatuhan?
Memetik kenyataan Zizan dalam program Melodi semalam, “Mungkin itu yang lebih baik untuk dia, saya doakan dia dan Kamal bahagia sampai ke anak cucu. Saya dan Kamal tidak ada apa-apa masalah.”
Dalam pada itu, Zizan menafikan dakwaan bahawa namanya kini digugurkan sebagai duta produk gergasi akibat reputasinya yang semakin merudum disebabkan gosip-gosip liar yang melanda.
“Perkara ini mudah saja. Ini macam ujian untuk saya. Allah nak tengok, masa susah dia ingat tak, masa senang ingat dia tak. Buat masa sekarang, semuanya berjalan lancar dan ketika ini saya masih terima banyak lagi tawaran,” ujarnya.
Moga-moga selepas ini karier seni Zizan dapat kembali menyinar seperti zaman kegemilangannya sebelum ini.
Jangan mudah menyerah Zizan, biasalah adat resam dunia artis, ada masa naik, ada masa turun.
Yang penting terus mantapkan kerjaya dan bak kata trademark Melodi, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JASMINÂÂ
Kamal Adli Anggap Gosip Dengan Emma Maembong Gosip Comel